Umumnya, majoriti semua antara kita tidak kira pegangan agama hampir faham dan cukup mengerti tentang erti DOA. apatah lagi kita sebagai umat Islam, DOA merupakan senjata kita sebagai seorang mukmin.
kenapa perlu berdoa?
1. kerana ALLAH s.w.t. suruh.
2. kerana Nabi SAW suruh.
3. kerana kita umat ISLAM.
renungkannnn.......
Allah swt ada berfirman di dalam al-Quran dalam surah al-Raad (13:11)
إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا
بِأَنْفُسِهِمْ
yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum sampai mereka mengubah diri mereka
sendiri.
Sebagai manusia biasa, kita mungkin boleh untuk berubah dalam sekelip mata namun untuk mengekalkan sesuatu perubahan itu (ke arah kebaikan) bukanlah sebuah perkara yang mudah. Jadi apa yang harus kita lakukan? Mestilah dengan berdoa. Dengan berdoalah kita boleh meminta agar Allah memberikan yang terbaik dari hari hari semalam untuk kita pada hari ini dan pada masa akan datang.
MANUSIA dilahirkan dengan takdir (qada' dan qadar) tersendiri sejak azali lagi. Namun firman Allah di atas jelas menunjukkan bahwa dengan berdoa, berusaha dan bertawakal dapat mengubah nasib seseorang kecuali seperti dalam hal jodoh, kelahiran, kematian, jantina dll
Hadis Nabi s.a.w : Diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi r.a. daripada Nabi s.a.w.
maksudnya : "Tidak ditolak Qadha' (ketentuan Allah) kecuali dengan do'a. Dan
tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibu bapa"
(Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ibnu Hibban dan selainnya).
namun sekadar hari ini berdoa kemudia esoknya buat endah tak endah, tak kemana kot doa kita tu. kalau nak doa kita makbul, kita kene lah berdoa dengan bersungguh-sungguh. yang paling penting YAKIN YAKIN YAKIN DAN YAKIN. Itu je yang saya nak tekankan kat sini. Bila berdoa, kita haruslah yakin yakin dan yakin okay.
''Antara sebab doa kita makbul ialah kita 'yakin' dengan ALLAH s.w.t.. Walaupun apa yang kita minta diluar jangkaan kita, pada Allah, tidak mustahil.'' - (twitaa 2013)
sekian.....wallahualam :))
rujukan lain berkenaan doa ;
No comments:
Post a Comment