Saturday, 16 November 2013

SATU EGO SATU MACAM RASA

Assalamualaikum dan haluuuu.....

Berdirinya kami disini untuk mengatakan satu sahaja perkara bahwa dimana kami bukan jenis manusia hairan nak pertahankan kebenaran diri kami dihadapan manusia lain malah berdiamnya juga kami bukan berarti kami 'redho' walhal hanyalah kerana tangan kami tak tercapai nak tutup mulut manusia lain sampai bila bila pun akan tetapi jika sudah melampau batas kami serahkan pada undang undang untuk berbicara. Sekian ucapan ringkas untuk hari ini HAHAHA


kalau dapat paham tu elok le. maknanya tahap pentingkan diri tu alhamdulillah masih boleh dikawal la. take a note daa

RENTETAN DARI DOA

Assalamualaikum and haluuuu.

SEKALI lagi saya nak cerita pasal doa. Dan dekat sini saya cuma nak tegaskan kenapa manusia suka merungut. eh apa korang ingat hari merungut seMalaysia ke hape haa. ce korang kaji selidik balik diri korang tu sebelum dok sebok tanya kenapa kenapa dan kenapa doa aku tak dimakbulkan.

SERIUS duarius talk saya akui hati kita ni suka tak tetap. memang tak tipu la saya pun kalau memohon pada Allah selalu terdetik keraguan. dok sebok nak kata ''hmm Allah nak makbulkan ke doa aku ni" "macam mustahil je apa yang aku minta ni" "siapalah aku untuk dimakbulkan doa ni" lahaii lahaii dan lahaiii. dah kenapa nak judge Allah? siapa kita? amboi kauuuu.....

AS a logic la, cuba kita fikir, kalau la kita suruh orang tolong kita tapi kita dok ragu ragu kat dia macam ''em dia ni betul ke boleh buat'' ''eee macam ye ye je budak ni'' ''ishh macam tak percaya je kau ni'' and etc. fikir logik la, kalau orang ragu ragu dengan kau, kau nak tolong ke? tapi Alhamdulillah la Allah tu Maha Pemurah, dia tak kira tau siapa kita ni, buruk mana kita ni dll.

JADI disini saya nak tekankan sekali lagi dan berkali kali lagi bahwa bila berdoa tu, berdoalah dengan sepenuh keyakinan. takpayah malu bila berdoa. minta je apa kita nak bila berdoa. Allah dah janji pada kita dengan berdoa baru Allah akan ubah nasib seseorang tu. tapi jangan la setakat berdoa je tapi solat macam chipsmore kejap solat kejap idak (apa ingat masuk neraka boleh kejap keluar kejap masuk ke?), lepaih tu dah berdoa kene la berusaha, ni idok, tahu nye berdoa then merungut padahal subuh hari hari tinggal, matahari tegak atas kepala air liur meleleh lagi, ada hasil ke doa tu? takde maknenye.

OLEH ITU selain berdoa kita juga haruslah BERUSAHA  sehabis baik bukan setakat a la carte then bila dah doa plus berusaha tu, kenelah BERTAWAKAL sepenuhnya pada Allah. yakinlah jika apa yang kita minta itu terbaik untuk kita, pasti Allah akan mudahkan namun jika doa kita tidak dimakbulkan, bukan berarti Allah tak sayang, tapi Allah nak bagi yang lebih baik la tu. ilmu Allah berjuta kali luas dari kita, dahtu takkan taknak kot perancangan Allah? 

OKAY memang tak nafi terkadang hati sedikit kecewa. dahtu? memohon la juga pada Allah agar walau apa pun rencana Allah aturkan untuk kita, kita dapat terima dengan hati terbuka. Allah tu uji seseorang sebab dia rindu rintihan kita. pujuk hati supaya sabar ''mau gimana lagi, terima aja takdirnyaa''.

SAYA akui saya juga tak kuat dan terkadang menangis sendiri. tapi menangislah sayang. hati manusia ni lembut. lepas nangis, pujuk hati untuk percaya ada hikmahnya kenapa begini kejadiaanya. sama samalah kita doakan agar hati saya dan kita semua kuat jalani kehidupan di dunia yang sementara ni. 

k dah cukup emo emo ni.. kita kene kuat okay.. takpe Allah kan ada :)) 


SATU DOA

Umumnya, majoriti semua antara kita tidak kira pegangan agama hampir faham dan cukup mengerti tentang erti DOA. apatah lagi kita sebagai umat Islam, DOA merupakan senjata kita sebagai seorang mukmin.

kenapa perlu berdoa?

1. kerana ALLAH s.w.t. suruh.
2. kerana Nabi SAW suruh.
3. kerana kita umat ISLAM.

renungkannnn.......

Allah swt ada berfirman di dalam al-Quran dalam surah al-Raad (13:11)

 إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum sampai mereka mengubah diri mereka sendiri.

Sebagai manusia biasa, kita mungkin boleh untuk berubah dalam sekelip mata namun untuk mengekalkan sesuatu perubahan itu (ke arah kebaikan) bukanlah sebuah perkara yang mudah. Jadi apa yang harus kita lakukan? Mestilah dengan berdoa. Dengan berdoalah kita boleh meminta agar Allah memberikan yang terbaik dari hari hari semalam untuk kita pada hari ini dan pada masa akan datang. 
MANUSIA dilahirkan dengan takdir (qada' dan qadar) tersendiri sejak azali lagi. Namun firman Allah di atas jelas menunjukkan bahwa dengan berdoa, berusaha dan bertawakal dapat mengubah nasib seseorang kecuali seperti dalam hal jodoh, kelahiran, kematian, jantina dll
Hadis Nabi s.a.w : Diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi r.a. daripada Nabi s.a.w. maksudnya : "Tidak ditolak Qadha' (ketentuan Allah) kecuali dengan do'a. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibu bapa" (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ibnu Hibban dan selainnya).
namun sekadar hari ini berdoa kemudia esoknya buat endah tak endah, tak kemana kot doa kita tu. kalau nak doa kita makbul, kita kene lah berdoa dengan bersungguh-sungguh. yang paling penting YAKIN YAKIN YAKIN DAN YAKIN.  Itu je yang saya nak tekankan kat sini. Bila berdoa, kita haruslah yakin yakin dan yakin okay.
   ''Antara sebab doa kita makbul ialah kita 'yakin' dengan ALLAH s.w.t.. Walaupun apa yang kita minta diluar jangkaan kita, pada Allah, tidak mustahil.'' - (twitaa 2013) 
sekian.....wallahualam :))
rujukan lain berkenaan doa ;
kekuatandoamengubahtakdir
- maksudqada'qadar 
-  powerdoa